Selasa, 11 Maret 2014

Tak Jadikan Lelaki Sebagai Keutamaan Hidup


Pelakon genit yang memang tidak dinafikan bakat lakonannya, Sharifah Amani mengatakan dia tidak memerlukan lelaki untuk menyempurnakan kehidupannya.

Di kala usianya menginjak 28 tahun tahun hadapan, dia mengakui tidak sesekali mencari jodohnya.

Ini kerana dia percaya dengan ketentuan Tuhan dalam hal teman hidupnya.

“Saya tidak perlu cari, jodoh yang ditetapkan Allah untuk saya akan sampai juga suatu hari nanti,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian, hari ini.

Amani juga mengatakan dia kini mahu lebih fokus dengan kerjayanya dengan mengtinjauankan skrip serta mengarahkan filem selepas ini.

Oleh: AUDREY LEE

0 komentar:

Posting Komentar