Nampaknya, menerusi laporan yang ditulis Mynewshub.my semalam mengenai Tasha Shilla, banyak spekulasi yang timbul dari kalangan para peminat industri hiburan tempatan.
Ia berkaitan namanya tidak tercalon dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH).
Walhal, pada tahun lalu dia telah memenangi Artis Wanita Baru Popular!
Hari ini menerusi Ohbulan, Tasha ada memberi kenyataan yang dia tidak mahu panjang-panjangkan cerita.
“No komen sebab Tasha tak nak panjang-panjangkan cerita ini. Biarlah mulut orang nak beri pelbagai andaian.
“Bagi Tasha, semua itu terpulang pada rezeki masing-masing,” katanya.
Mengimbas kembali, tahun lalu timbul kontroversi yang mengatakan kononnya Tasha membeli undi berkotak-kotak dan disebabkan tindakan tersebut Tasha berjaya memenangi gelaran Artis Baru Wanita Popular.
Jadi adakah disebabkan faktor tersebut nama Tasha tidak tercalon untuk kali ini?
“Sebelum ini bukan Tasha yang cakap, tapi orang yang buat spekulasi sendiri dan timbulkan pelbagai kontroversi mengenai diri Tasha. Teruskanlah orang nak cakap apa.”
“Mungkin kali ini rezeki Tasha tak ada dan Tasha pun tak nak komen apa-apa sebab takut jawapan tersebut dimanipulasikan,” katanya.
Oleh: KASIH ISA
0 komentar:
Posting Komentar