Kamis, 06 Februari 2014

Suami Ubah Liyana Jasmay Jadi Lebih Matang



PELAKON Liyana Jasmay mengakui suaminya, Fathuddin Mazlan, 28, banyak mengajar dia menjadi seorang wanita yang lebih matang.

Liyana, 25, berkata, teguran suaminya itu membuatkan dia banyak berubah memandangkan sebelum ini pelakon filem Papadom itu seorang yang tidak boleh ditegur orang.

“Kalau nak tahu sebelum ini saya rasa nak marah kalau orang tegur saya melakukan sesuatu tetapi tidak pula dengan suami. Dia segera memberitahu perkara yang dirasakannya tidak patut saya lakukan.

“Sebagai contoh, jika saya memuatkan foto di laman sosial yang boleh mengecilkan hati pihak lain, dia segera menegur saya dengan baik. Tapi pernah pun jerit-jerit. Itu yang membuatkan saya senang menerima teguran dia,” katanya.

Tambah Liyana, teguran suaminya juga sekaligus membuatkan dia lebih memahami erti sesebuah perkahwinan yang masih dalam proses memahami antara satu sama lain.

Malah, pergaduhan kecil yang timbul di antara mereka membuatkan ikatan cinta pasangan itu lebih kukuh.

Sementara itu, Liyana bakal muncul menerusi supertelefilem berjudul NY Cinta yang disiarkan di saluran Astro First Eksklusif bermula 12 September 2013.

Supertelefilem terbitan syarikat produksi Liyana dan kakaknya, Adriana Jasmay iaitu Mermaid Studios itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti bront Palarae, Juliana Evans dan Tom Ward.

“Ini merupakan produk terbitan Mermaid Studios yang keempat dan saya harap ia menerima respons yang positif daripada penonton.

“Sebenarnya saya pun tidak sangka apabila pihak Astro memberi ruang pada kami menayangkan NY Cinta di Astro First Eksklusif kerana banyak kriteria penting yang perlu ada untuk menyangkan sesebuah karya di saluran berkenaan.

“Ia perlu menyerupai karya berbentuk filem. Kami pun tidak meletakkan sebarang harapan ketika itu,” tuturnya.

Selain itu, antara telefilem lain yang pernah diterbitkan Mermaid Studios adalah Tudung Tweet, Cik Paris Masuk Kampung dan Basikal Pixie. -mStar

0 komentar:

Posting Komentar