Jumaat, 17 Ogos 2012
LONDON: Seorang mahasiswa yang menyiapkan ijazah kedoktorannya memotong rambut untuk kali pertama selepas kali terakhir melakukannya 10 tahun lalu.
Dia juga menawarkan rambutnya sepanjang lebih 91 sentimeter untuk dijual pada harga �600 (RM2,900).
Dia juga menawarkan rambutnya sepanjang lebih 91 sentimeter untuk dijual pada harga �600 (RM2,900).
Timothy Price, 29, kini mengikuti kursus kajian teologi dan ketuhanan di Universiti Aberdeen.
Kali terakhir dia ke kedai gunting rambut ialah pada Januari 2002. Dia memutuskan untuk menukar fesyen rambut sebagai persediaan menghadiri temu duga bagi mencari pekerjaan sebagai pensyarah. Price mahu memanfaatkan rambut itu dengan menawarkannya kepada sesiapa yang memerlukan rambut palsu. Bapa kepada dua anak itu berkata, dia mula menyimpan rambut sejak di universiti - satu amalan yang lazim di kalangan mahasiswa.
“Kemudian saya berasa selesa dan gembira dengan gaya rambut panjang,” katanya. Bagaimanapun, berdepan dengan temu duga untuk mendapatkan pekerjaan, Price berpendapat, lebih baik dia memulakan ‘hidup baru’ tanpa rambut panjang. Walaupun 10 tahun tidak bergunting, Price berkata, dia tidak gementar ketika rambutnya dipotong.
“Saya cukup bersedia berubah dan mahukan sesuatu yang berbeza,” katanya. Sementara itu, isteri Price, Joy, 25, mengakui terkejut melihat wajah baru lelaki itu tanpa rambut panjang.
“Sejak berkenalan dengan Price, saya tak pernah nampak dia berambut pendek,” katanya. - TS
Sumber
Relevansokmo
0 komentar:
Posting Komentar