Tampilkan postingan dengan label tahun. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tahun. Tampilkan semua postingan

Selasa, 17 Desember 2013

Wanita tetak suami kerana telah dibuli 30 tahun

 23 Ogos 2013

“Saya menahan sabar dipukul dan dibuli sejak 30 tahun lalu. Kali ini, saya terpaksa melawan,” kata seorang wanita warga emas, Wong Yit Kwa, 66, yang menetak dan menyiram suaminya dengan minyak panas dalam kejadian tengah hari Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, suami mangsa yang berusia 73 tahun cedera ditetak selain 80 peratus tubuhnya melecur selepas pasangan itu bergaduh di rumah mereka di Kampung Baru, di sini.
Wong yang ditemui wartawan semalam berkata, selama ini dia bersabar dengan sikap suaminya yang suka memukulnya setiap kali mereka bertengkar.

“Selama ini, saya tidak berani melawannya kerana dia garang dan kuat. Dia suka membuli saya kerana saya seorang wanita. Setiap kali dipukul, saya hanya mampu menjerit dan melarikan diri,” katanya.
FotoKEADAAN kepala mangsa yang cedera akibat ditetak dengan parang oleh suami.

Dia yang luka di kepala akibat ditetak dengan parang oleh suaminya, mendakwa tidak menyesal apabila menyerang balas suaminya yang terlebih dulu menyerangnya dengan parang.

Minggu, 15 Desember 2013

Mahasiswa potong rambut kali pertama selepas 10 tahun kerana mahu jadi pensyarah

Jumaat, 17 Ogos 2012

 
 LONDON: Seorang mahasiswa yang menyiapkan ijazah kedoktorannya memotong rambut untuk kali pertama selepas kali terakhir melakukannya 10 tahun lalu.
Dia juga menawarkan rambutnya sepanjang lebih 91 sentimeter untuk dijual pada harga �600 (RM2,900).

Timothy Price, 29, kini mengikuti kursus kajian teologi dan ketuhanan di Universiti Aberdeen.
Kali terakhir dia ke kedai gunting rambut ialah pada Januari 2002. Dia memutuskan untuk menukar fesyen rambut sebagai persediaan menghadiri temu duga bagi mencari pekerjaan sebagai pensyarah. Price mahu memanfaatkan rambut itu dengan menawarkannya kepada sesiapa yang memerlukan rambut palsu. Bapa kepada dua anak itu berkata, dia mula menyimpan rambut sejak di universiti - satu amalan yang lazim di kalangan mahasiswa.
“Kemudian saya berasa selesa dan gembira dengan gaya rambut panjang,” katanya. Bagaimanapun, berdepan dengan temu duga untuk mendapatkan pekerjaan, Price berpendapat, lebih baik dia memulakan ‘hidup baru’ tanpa rambut panjang. Walaupun 10 tahun tidak bergunting, Price berkata, dia tidak gementar ketika rambutnya dipotong.

“Saya cukup bersedia berubah dan mahukan sesuatu yang berbeza,” katanya. Sementara itu, isteri Price, Joy, 25, mengakui terkejut melihat wajah baru lelaki itu tanpa rambut panjang.

“Sejak berkenalan dengan Price, saya tak pernah nampak dia berambut pendek,” katanya. - TS
  Sumber
Relevansokmo