Harakahdaily, | 05 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Keraguan terhadap daftar pemilih di Selangor ada asas apabila Projek Pendemokrasian Selangor mendapati beberapa Dun di negeri itu mempunyai jumlah pengundi melebihi jumlah penduduk.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beberapa Dun yang dikesan sangat ketara berlaku perkara itu termasuklah di Bestari Jaya Utara.
Katanya, semakan di Bestari Jaya Utara mendapati kawasan tersebut mempunyai pengundi berdaftar seramai 3,589 sedangkan penduduk di situ hanya seramai 1,788.
Di Ijok iaitu kawasan yang diwakilinya pula katanya, turut mencatatkan penambahan pengundi baru seramai 721 orang yang tidak dapat dikenalpasti pihaknya.
“Kerajaan Negeri mengambil berat hak demokrasi rakyat negeri ini sebab itulah Kerajaan Negeri mengambil langkah mengenal pasti pengundi di Selangor bagi memastikan hak rakyat menentukan kerajaan,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya di Persidangan Antarabangsa PRU13 Malaysia anjuran Pejabat Ketua Pembangkang di ibu negara semalam.
Menurut Abdul Khalid lagi, laporan sama turut menunjukkan sehingga suku tahun ke empat 2012, terdapat 497,084 pemilih baru di Selangor dari jumlah 1,924,281 pemilih berdaftar.
Daripada jumlah pengundi baru itu, semakan pihaknya gagal mengenal pasti sejumlah 134,675 atau 28 peratus darinya.
Projek Pendemokrasian Negeri Selangor dikendalikan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).
Projek tersebut dijalankan berikutan berlakunya pertambahan mendadak pengundi baru di negeri yang telah ditadbir Pakatan Rakyat sejak menang pada PRU 2008 lalu.

0 komentar:
Posting Komentar